Maksud
Lukisan Kejuruteraan (LK)
Lukisan
Kejuruteraan adalah cara untuk menghasilkan lukisan pelan yang mengambarkan
dengan tepat sesuatu objek teknikal, seni bina dan kejuruteraan. Dengan kata
lukisan kejuruteraan merupakan alat komunikasi atau bahasa perhubungan di
kalangan mereka yang terlibat dengan dunia kejuruteraan.
Kepentingan LK
Lukisan
kejuruteraan adalah satu matapelajaran asas yang penting kepadapelajar
kejuruteraan. Ia merupakan bahasa kejuruteraan dan bahasa grafik yang digunakan
dalam bidang kejuruteraan.Hari ini, lukisan kejuruteaan telah telah diterima
sebagai media yang digunakan oleh saintis, jurutera, pereka bentuk, juruteknik
mahupun mahupun pekerja pengeluaran. Penglibatan lukisan kejuruteraan dalam
bidang jurutera adalah menyeluruh. Bermula dari pengetahuan asas, lakaran
sehingga peringkat penyelenggaraan.
Oleh kerana lukisan kejuruteraan
mempunyai fungsi utama dalam proses kejuruteraan, ia dianggap sebagai suatu
alat pengajaran dan bukan sebagai suatu kerja seni. Suatu lukisan kejuruteraan
mestilah mudah, tepat dan jitu.Kefahaman yang mudah dalam lukisan kejuruteraan
adalah penting kerana lukisan tersebut menyampaikan suatu maksud atau
menerangkan suatu yang diperlukan untuk suatu tujuan.
Dengan kata lain, lukisan kejuruteraan
ini adalah awalan sebelum sesuatu dibina, bagi membantu menentukan tahap
kesesuaian dan kepenggunaan bahan sebelum sesuatu dibangunkan.
Dizaman serba canggih ini, perlbagai
kemudahan telah tercipta bangi membantu memudahkan proses lukisan kejuruteraan.
Perisian seperti Autocad, Autodesk Inventor mahupun Google schetch adalah software
atau aplikasi membantu membentuk sesebuah idea dengan lebihtepat
mengikut skala.
Jadi Kenapa Lukisan Kejuruteraan?
Kerana Lukisan ini adalah penting dalam sesebuah proses kejuruteraan.
penghasilannya membantu pereka sesuatu produk membayangkan rupa awalan produk
tersebut dan dapat menegetahui tahap fizikal dalam bentuk lakaran kejuruteraan.
nak copy paste nota ni boleh tak pls hihuhuhah
BalasPadam